Pada suatu pagi di satu sekolah
menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang
mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan
sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi
begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak
pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang? Macam mana
juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?
Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin
kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah…apa yang saya
harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah
yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di
situ dan sambil memandang rumput di
depan kamu, pilih mana yang PALING
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah
rumput yang PALING cantik yang berada
di depan
kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan
buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula
ke kelas, tiada pun rumput yang berada
di tangannya. Maka cikgu pun bertanya
kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh
petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di
atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya
carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi
cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan
sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi
sampai di penghujung padang , saya tak
jumpa pun yang paling cantik. Mungkin
ada di antara yang di belakang saya
sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak
boleh menoleh ke belakang semula, jadi
tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah
jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita
patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah
kita menoleh ke belakang lagi kerana
yang berlaku tetap dah berlaku. Dan
semoga yang berlalu tidak lagi
berulang. Jika kita berselisih faham
dengan orang yang kita sayang itu,
kita boleh perbetulkan keadaan dan
cuba teruskan perhubungan tersebut
walaupun banyak perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan ingatlah
orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik
pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik
seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh
diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah
orang yang berada di depan kita dengan
tulus dan ikhlas.



5 comment:
suke post nie!
tankiu!!!!
yn...anique nk privatekn blog anique,nak emel address yn...:D
einaz ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin.
raya datang la rumah eik.
tp x dpt wit raya la kan da besar
hihih
klu
x tau alamat ley ty..
=D
Nice ur story.. Paper pun tiada yang indah melainkan bahasa, tiada yang santun melainkan budi pekerti mulia. jangan sesekali mengharapkan kesempurnaan dalam sebuah kehidupan, maka berusahalah kearah kesempurnaan tersebut untuk menjadi seorang yang sempurna. kerana apa ya??? Kerna kita bukan insan yang sempurna.. kekadang bila kita mendambakan hujan mencurah ke lantai bumi tapi apa yang tuhan berikan adalah mendung awan kelabu serta ribut yang nenyayat kalbu. kekadang juga bila kita mengharapkan rama-rama yang cantik tapi apa yang tuhan berika adalah ulat bulu yang menggatalkan kulit. Itulah kebesaran tuhan dan kehebatan tuhan dalam mendidik jiwa manusia dengan penuh hikmah dan tanda tanya. Seringkali manusia alpa serta buta menilai kehebatan itu. Moralnya ialah seharusnya kita perlu syukuri dan hargai dengan apa yang kita miliki agar dapat mendidik kita sebagai manusia sekaligus menjadika kita sebagai hamba yang bersyukur...Wassalam=))
Post a Comment